Monday, August 17, 2009

Penting ke tak penting pakai face mask?

Kalau tak penting takdelah kerajaan galakkan semua pakai btol x?

To be honest,me and husband kalau keluar mmg tak pakai lgsg.kecuali pergi hosp ari tu.tu pon sbb psycho tgk majoriti org kat dlm Az-zahrah tu pakai :-P

Tapi when we went back to kuantan,most of them pakai (masa tu kitorg jln2 lah)

bertambah2 la psycho so we decided to wear a face mask utk tgk movie malam tu.

(psssstt..G I Joe bes oke!)

So masa kitorg dlm lif nak ke cinema,ada la few girls kat dlm lif yg tak pakai face mask.

Conversation diaorg mcm ni:

A: Eh kau tak pakai face mask?Sambil tgk2 kitorg yg pakai ni. ((&@*(^@(*#)

B: Alah,tak perlu.Org yg kuat eksesais macam kita ni takkan kenanya.Selalu org yg sakit2 je pakai face mask and org mcm ni senang kena.

Amboi cakap besar.

Ni nak bgtau.H1N1 tak kenal siapa utk dia serang.Raja ke,menteri ke,org biasa,org luar biasa kalau dh kata nak terkena tu,kena jugak.jadi jgn rasa diri tu takkan kena.

For me,bukanlah kata pakai face mask tu mmg konfem kita takkan kena tp sebagai mengambil langkah berjaga2,apa salahnya kan.

Korg bole tgk sini utk cara pemakaian mask yg betul.

Anyway,found this kat website MOH:

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

Maknanya kalau kita nak pergi shopping raya nnti kene la pakai face mask!

No comments: