Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, March 24, 2009

Husband & Wife conversation

Mlm td tak boley tido awal spt selalu,so saya surf2 sambil baca cara nak memudahkan proses bersalin.

one of the tips ialah- banyakkan berjalan.so bermulalah conversation between me and edge.

Me: eh yang,dr ni ckp kalau nak cpt bersalin kena bykkan berjalan.
Edge: Oh ye ke?Kalau mcm tu,esok u pegi office jalan kaki je la (smbil gelak mcm jahat sikit)
Me: (terdiam)
Edge: Eh tp nnti kang smpai2 je office tros terberanak pulak kan.
Me: (tak tahan nak gelak dah)

==========

When i ckp kat my fwens yg i tak sabar nak bersalin they asked me back "wey,tak takut sakit ke?"

Well,i tell u what..cpt or lambat,sakit tu ttp la ada kan.But now,saya sgt tak larat dh nak bgn pagi2,sbb it takes about 15 mins utk hilangkan segala sakit2 sendi sebelum bole bgn mandi..Then nak kena drive lg,jam lg..kerja lg.If bernasib baik,tak stress.if tak bernasib baik,stress lg kat workplace.

Tp smlm me and husband bgtau baby,if dia dh ready nak keluar,sila bg sign before kitorg pergi kerja..(mlm2 ke,pagi2 ke,or weekend).hehe.bole tak pesan cmtu.ye la,nnti sian lah i kene drive back sorg2,and hubby mesti kalut jugak - i pesan kat edge,tayah la kalut2..sbb doc pon ckp,anak 1st ni kalau nk keluar it might takes few hrs utk keluar..kdg smpai 12 jam..(Tp ade je 2 jam dh bersalin- it depends,ikut nasib).But still,if dh ada labor sign,kene lah pergi hospital cpt2.jgn sengaja2 nak tangguh (nnti ade plak yg terberanak kat dlm kete)

Dr Raja pon dh bg form utk tros ke emergency if sakit.Mcm seram pon ada tgk form tu :-P .But whenever i think bout my baby,i feel soooo excited.

**baby,u knw wht?ur daddy sgt tak sbr nak jumpa baby.apetah lg mummy yg kandungkan baby almost 9 mnths ni.we've gone tru mcm2 kan baby.happy,sedih etc.**

Before tido smlm,my husband pesan kat our baby:

"anakku syg,nanti bila nak keluar,help ur mum ok.kepit tangan and kaki,lps tu keluar elok2.lps dh keluar tu nnti papa azankan.Take care urself inside there.We love u sooo much!"

Ahh~tak sbrnya!

Sunday, March 22, 2009

check up @ 37 weeks 5 days

Daddy's entry here:

Smlm we met Dr raja Juhaidah..Thk god smpai2 je tgk2 tkde org lgsg.then pi amek urine test,tros masuk jumpa doc..semuanya berlaku begitu pantas!hahaha.

but doc found my urine ada sedikit kotor,so die masukkan ape ntah dlm my vagina utk check sumthing..*aghhhhhhhhhhhh*sakit sikit + malu!!!! :-P

Then the doctor kasi ubat,suruh masukkan dlm tooot tu la kan,but...sampai ke saat ni me mmg sgt tak brani la nak masukkan itu ubat (doc ckp mintak tlg husband masukkan) but again..nooooooooooooooo !!!! (malu lg).

Doc advised not to having s3x for the time being.*ok fineeee*

my baby pon dh engage kepalanya,so anytime from now on la dh bley bersalin.hooreyyy!dh tak sabar sgt rasa nak jumpa si comel dlm perut ni :-)

o yea,my baby's weight dh cecah 2.6kg..urmm..ok la tu takla besar sgt,tak kecik sgt.doc ckp in 2 weeks time dia boleh cecah to 3Kg..mana2 je la,janji my baby doing fine..berat saya naik 1Kg.i tot berKg2 sbb past few weeks kuat btol mkn nasi lemak..bole kata every morning mkn nasi lemak ayam.heh.

before goin back,dpt lg goodie bag,kali ni dr huggies,enfalac ngan apa ntah lg..

Lps checkup,pergi jalan2 ke OU.Konon nak exercise.tp tershopping jugak beberapa helai baju baby (pics later).lps tu sempat jugak pekena baskin robbin banana split.huh~finally!!.thank you en edge!

semua pics for this entry will update later aa..

now i need some rest,kaki pon membengkak semcm ni.lenguh2 plak duduk lama2.

Tuesday, March 17, 2009

Entry separa emosional: 20 hari lg

To be exect,me ada less than a mnth utk melahirkan..mungkin lg 20 hari,mungkin 10 hari,mungkin esok hari?siapa tahu kan? :-)

Ok,dikesempatan ini,saya,nur izzati..dgn rasa rendah diri saya ingin meminta maaf pada SEMUA,sila baca btol2 ya..SEMUA umat2 diluar sana sekiranya ade terkasar bahasa,tersilap kata,tersalah laku,dan apa2 TER la..yg mungkin menyinggung perasaan kalian2 semua.

sudilah kiranya tuan2 (ada ke?) dan puan2,cik2,adik2 manis mendoakan keselamatan saya dan juga semoga dipermudahkan semasa proses melahirkan nanti..AMIN.sila doakan yg baik2 yer utk saya sekeluarga.doakan juga baby saya selamat,sihat,sempurna semasa dilahirkan :-)

InsyaAllah,bila semuanya selesai..saya dh assign kat edge-tolong announce kan kat all my frens.else,dia sndiri akan annoounce kat his blog.

Again,10 jari disusun..halalkan makan minum (if any).

**(mcm hari raya plak.hihi)**

Thursday, March 12, 2009

Im going to miss...




Pics: During maternity photoshoot by AzwinOmar


Dalam pd eksaited2 nak tunggu baby keluar,i realize tht im going to miss this 9 mnths..

Bila teringat dr awal pregnant till now (dh 8 mnths+) rasa mcm bertuah sbb dpt jd ibu mengandung,i tell ya!

First,masa pregnant ni,ppl around u akn treat perempuan mengandung ni mcm princess..tayah buat keje berat2 (ni yg plg bes),pstu semua org akn kesian kat kita.hihi.

I teringat masa i pergi mamak for lunch,mamak tu kata roti canai takde for the time being,pukul 3 ptg baru ada balik but i buat muka kesian ckp "i mengandung,u tak kesian ke?"

dgn muke bersalahnye die ckp.."Okla,utk u and baby u" (ouchhhhhhh~)

happy btol dpt mkn roti canai masa tu.2 kali plak tu guna alasan yg sama (mengandung) utk mkn roti canai masa lunch..ekeke.

Takpela,ade rezeki lg mengandung lg nnti (tp tunggu la lg 2 - 3 thn ke?) - hint ni :-P

And most of my fren yg dah bersalin kata,yg dorg palingggggggggg rindu ialah: rindu pd baby's movement :D

**kan bes kalau kita bole bawa baby kita keluar masuk dr perut..bila pergi kerja,masukkan dlm perut..bila balik dr kerja kita keluarkan baby tu :D **

My lil angel,xsabarnye nak jmpe!

Tick tock tick tock - 26 days to go

Now rasa payaaaaaaaaaaaaah sgt nak dpt tdo lena.sakit perut,kdg2 berak2..kdg2 baby tendang2...kdg2 mimpi dh masuk labour room la.mcm2..

Sometimes rasa xsabar nak bersalin,but i always pray baby keluar sesuai pd waktunya,maksudnye baby keluar bila dia btol2 ready nak keluar la.xnak paksa2 die kuar :D

Hari ni rasa badan letih ya amat,brape kali tertido kat office..serius xlarat.

Rasa nak cuti rehat2 kat rumah tp kalau duduk saja pon xbes nnti asyik nak baring je..kematu pulak montot nnti.kalau kat office still bole gelak2 ngan kwn2,at least tak rasa sgt masa berlalu,tau2 je dh jumaat,tau2 je nnti dh dlm labour room.heh.

Nx week my mum akn dtg menemanin.Yeay!rasa mcm nak req mak masak mcm2 but now pon rasa takde selera sgt nak mkn..mkn terlebey mesti nak keluarkan balik..tp niat dihati nak mkn wajik-korg tau x wajik tu ape?alaa yg manis2 tu.ade org panggil nasi manis.


Pic from: here

Now suka sgt mkn bende2 yg sedikit xelok utk kesihatan seperti ABC,Teh ais la..iskkkkkkk.

(banana split pon xtermkn2 lg ni.heh)

hope sempat la mkn semua2 ni sebelum bersalin.if not..tunggu je la lps bersalin.tadahal la kot.

yg penting,this weekend harus p cari wajik kat pasar mlm..dh kecur air liur ni..slurrrppp!~

Monday, March 9, 2009

Senaman Untuk Memudahkan Bersalin

Ok,since now my blog dh jadi mcm blog utk ibu mengandung (at least smpai me deliver nnti),so i wud like to share wif u guys artikel yg dijumpai semasa berjalan2 di alam maya.

Hope this help.

Pesanan kpd miss taeyong: i hope someday blog i ni berguna utk u..AMIN. :-P

================

Senaman ini sedikit sebanyak dapat menyediakan diri anda semasa kelahiran nanti.

Beberapa jenis senaman mudah boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin.

Senaman Kegel contohnya dapat membantu menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium.

Senaman lain yang dapat mengurangkan tekanan semasa bersalin antaranya adalah:

Tailor Sitting


Kebaikannya
  • Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
  • Dapat memperbaiki postur badan.
  • Melembutkan sendi pelvic.
  • Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.

Kaedahnya:
  • Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
  • Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
  • Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
  • Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
  • Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.


Pelvic rock



Kebaikannya:
  • dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
  • dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:

Kaedah
  • Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
  • Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
  • Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
  • Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

Wall slide



Kebaikannya:
  • Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.

Kaedah:
  • Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
  • Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
  • Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
  • Naik ke atas semula.
  • Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
  • Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding

Source: Here

Tanda-tanda nak bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Source: Here

Thursday, March 5, 2009

Phew~!

Today,dh 5th of march.

My EDD - 7th April

My birthday - 6th April (nak jugak tu bgtau).hehehe.

Rasa berdebar2 + tak sbr2 nak bersalin.Tp slalu pesan kat baby- sila keluar 6th April..leh celebrate sama2 nnti- kat labour room.(En edge ckp thn ni takde hadiah birthday,kira baby sbg hadiah!).Confused kejap.siapa yg hadiah kat siapa ni..hehhehe.

Now mmg totally susah nak tdo mlm.Hubby pon takleh nak temankan dh (sbb die pon xthn mengantuk) :-(

Bila kat office je,i'll sleep around 30 mins..lama kan?tp kalau tak tdo,rasa peninnnnnnnnggggg sgt.

Then now bila ptg je,perut sakit..sakit mcm nak ukk ukk tp tak nak keluar tu.Tp based on my reading dia ckp mmg ujung2 ni kita akn rasa such thing..so takpela..layannn je.

Nasib this coming monday cuti,leh rehat2 lepak2 kat rumah.This saturday ada mkn2 kat my office..mkn lg!.Ahad tu edge ckp nak tgk movie gang-upin ipin.mcm tak percaya je edge nak tgk gang???!

tu pon kalau zezzatty rasa nak tgk la :-P (jual mahal sikit)

BTW..En edge...nk ni!


**Baskin Robbins banana split**

Aritu dh mkn kat secret recipe punye tp xpuas la :-(

Nak lagi dan lagi.......

Monday, March 2, 2009

Pregnancy Checkup - 35 weeks

Today we went to check up @ columbia.


**tulis je kul 2:20,tp kitorg masuk kul 1145 :-) **

My weight: 63 Kg.Baby was ok..berat dia maintain- tak naik & tak turun.Doc kata takde ape yg nak dirisaukan.


**kene wat effect sikit..segan..eheheheh**

I really hope tht we can see our lil one today,but... hari ni dia menyorokkan muka dia lg :-( dan sgt2 aktif!!!huhu~takpela baby,as long as bb happy kat dlm tu..

And today we got goodies back from columbia!




**selain dr susu ni,ada pampers mamypoko (nb), feminine hygine, pamphlet, & alas getah for baby**

Owh ya,during the checkup,I asked my gynea,dr raja juhaidah psal driving during pregnant.She said no problem.

Ok la kan..bukan ape,last week out of sudden my boss tanya i still drive ke to office (tanya mcm drive itu membahayakan).i said,yes! :-) it's not hubby tamau hantar or wot,tp saya sendiri yg suka pergi + balik kerja sndiri.My SIL pon quite terkejut i still drive sndiri pergi kerja.I told her,so far alhamdulillah i dun have any difficulties utk drive sndiri ke office.

Just imagine,my husband kat cyber,me kat subang..tak ke menyusahkan dia kalo nak berjemput hantar..lg tak bes,knfem smpai umah lambat sbb nak tunggu dia smpai di subang ptg2 hari..dgn jem lg..aghh~!no no no.Hari2 me ckp dgn baby,both of us kena kuat,and i hope my lil one understand our situation here.

Saya percaya,ramai lg super mom-to-be diluar sana!




Yes,we love u toooooo baby!!!!!!!

**mitten and booties tu my adik2 yg belikan ;-) **

Saturday, February 28, 2009

A fetus Prostrates to God

Subhanallah,found this kat youtube..

Friday, February 27, 2009

Pregnancy Craving

I cant remember how we came out psal jajan (junkfood) ni.

Tapi bila dah asyik dok teringat selalu tu,there must be something wrong!!!

I tried to find it kat supermarket near my hse,tp takde..but lama2 i dh lupa lah psal jajan ni :D

till today....i got a parcel..




and....
































Yeahh!itulah jajan yg diimpi2kan!hahaha.**ni fevret masa skolah2 dulu :-P **

Many thks to yip.ingat dia main2 nak anta.sbb kitorg mmg byk main..

Byk ok jajan tu dlm kotak (mcm utk stok lps pantang skali).muaahahahaha.

again,thks dear.

***(sambil ngunyah2 jajan ni)***

Wednesday, February 25, 2009

Weight gain during pregnancy



Before pregnant: 55Kg

7 weeks: 57 Kg

14 weeks : 55Kg -->kene mrh! :-P

19 weeks: 58 Kg

23 weeks: 59Kg

27 weeks: 59.5Kg

31 weeks: 61Kg

33 weeks: 61.5Kg

Now....?Tunggu this coming monday :-)

Even i didnt gain much during pregnancy,doc ckp my bb punya weight mmg ok dgn dia punya umur..last 2 weeks,my baby was 2.2Kg..

Cuma sekarang rasa cpt sgt penat if berjalan,nak wat cmne..baby makin berat.peha,betis pon membesar tp my kaki maintain kecik.size 4.kalo kasut muncung depan,kene pakai size 5..and sepjg pregnant ni i dok pakai satu kasut ni je..rasanya lps pregnant mmg tak pakai2 dh kot :-P (cuz i prefer to wear wedges ke office,and flat sandal if nak jalan2)

(jgn nanti lps bersalin selera bertambah2 pulak!)

AMIN!

Monday, February 16, 2009

33 weeks of pregnancy

OMG! Dh 33 weeks,unbelievable! :-P

Anyway,we went for routine checkup last saturday.My lil one dh 2.2Kg,me myself 62 Kg..

Everything is fine..tp my baby tutup muka dia dgn dua2 tgn so we unable to see our lil one that day.Takpela,malu2 yer or silau?I tot silau if jumpa aunty yip je :-P

Pastu hari tu jugak me kene cucuk.lenguh2 die smpai sekarang.

Nx check-up wud be nx 2 weeks..(bole skip x?) huhuhu~

Anyway,lg berapa minggu nk bersalin and kitorg plan nak habiskan shopping barang2 baby within this mnth.phew~ tp bb cot beli later kot..sbb me and lil one akn balik ke kuantan utk berpantang so i guess bb cot beli masa balik kl nnti laaa..

Actually,ckp psal baby stuff,ada satu bnda yg kami susah sgt nak decide - stroller.

Hari tu my husband dh decide,lps tu ckp nak fikir balik,then last week he decided to ask baby sendiri.

Husband: "assalamualaikum baby..ni nak tanya,baby nak stroller XXXX tak?.if nak,gerak kay."
Baby: (diam - tak gerak)
Husband: "Ok,if baby taknak XXXX,how about YYYYY?"
Baby: (Still - silent)
Husband: "errmm...ZZZZ????"
Baby: (still- no response)
Husband: "Yang,i think baby tak faham BM la.maybe kene ckp english?"
Me: (laughing).No la,baby tgh tido kot.jgn kacau!!!

Mcm2 tao..I browse some of online babystuff and finally found babyjaya on SALE till the end of the mnth!!Thk god!Yg lagi bes,the stroller yg si daddy dok idam2kan pon on sale.I called up the shop and they said the stroller yg we all nak tu tinggal black color je. kitorg nak kaler merah.SA tu ckp kene order and it takes about a mnth.i guess shud be okay kot sbb baby pon keluar dlm bulan 4 mcm tu :D Janji we still able to get the stroller wif discounted price.

Yeay!






Thursday, February 5, 2009

Thoughts of the day

I came across this quote yesterday (masa bc buku pregnancy).

"seseorg anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya,sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.."

I totally agreed with the quote.Bukan kata selama ni tak sedar yg mak ayah kita syg kat kita,yes i do.but ade certain part yg kita xpernah terpk lgsg..

i give u an example- at least ape yg saya rasa sekarang.

1) Tak bole tido mlm,perut dh besar

uols semua pernah terfikir tak yg mak2 kita dulu rasa susah nak tido mlm masa mengandungkan kita?me tak pernah terfikir sbb my mum tak pernah pun cerita.but i did share with my MIL (since most of the time i spent my weekend with her). My mil ckp,mmg mcm tu,lagi2 dah dkt2 nak lahir...mmg tak bole tido..semua position tak kena..mengiring,telentang..masa my mil ckp,hasben pon ada..so we like.."ooo...mcm tu ekk..baru tau"

2) Morning sickness

even now dh takde morning sickness,tp dlm kepala ni masih dok tringat zaman morning sickness..it was like.."adoiiiiiiiiiiiiiiiii....".but end-up with,"cmni la mak rasa dulu..".masa mula2 kena morning sickness,.nangis2 jugak call mak..rasa tak thn.masa tak pregnant,tak terfikir pon cmne morning sicknes.slalu dgr je kwn2 yg mengandung cerita.masa bgtau mak,my mum didnt even say "haaaa..mcm tu la mak rasa"..my mum just ckp,"sabar..tu cabaran kecil je masa mengandung,more to come..and you have to be strong.."

masa tu pulak kitorg baru je get married.i cant even smell org goreng2/menumis..plus,rasa stress sgt tak dpt masakkan makanan utk husband..husband pulak masa tu mcm kurg paham my condition and keep asking kenapa la lama tak masak..but alhamdulillah,dgn pertolongan my MIL,finally my husband faham..i tak blame him pun..kitorg sama2 1st time melaluinye.and starting from there la my husband byk baca psal pregnancy and we shared information together.

for me,setiap org berbeza2 pengalaman masa pregnant.ada yg takde morning sickness lgsg,ade yg smpai kene masuk hospital..mcm2..it's different.and yg plg penting,it is something yg bukan dibuat2 (especially tang tak bole smell certain thing).i tried to overcome it..but i cant.sumore masa tu bulan puasa.me pernah muntah kat bazaar ramadhan sbb bau org goreng ayam goreng berempah.*sigh*

3) Sakit2 badan

This one sndiri cari penyakit.tak minum susu.takat minum susu strawberry mana la nak ok kan :-P but at least me mkn calcium yg doc bg (in tablet) tp of course la khasiat dia diffrent from susu tepung tu. But being a pregnant woman,buat me rasa lebih dkt dgn mak..i exactly bole rasa ape my mum rasa (maybe tak semua,at least sikit2).yelah, zaman skang modern sikit dr dulu.dulu lgsg takde ultrasound2 ni so u cant even see/meet ur lil one like what we do now.

Zaman dulu org bersalin kat rumah je,or paling2 kat hospital gomen.now dgr je hospital gomen,meremang2..takut..sbb slalu kes yg bukan2 msti terjadi kat gomen. i bet bukan kat semua spital gomen mcm tu..maybe certain2 je la (ikut nasib).

My mum cerita,masa dia nak lahirkan zezzatty (heh) die pegi sndiri je hosp cuz abah duduk jauh masa tu..mak kata,abah dh balik a week before tp tak expect la plak me nak kuar the next week kan...tp alhamdulillah,abah managed to see me sejurus dilahirkan..

if myself tatau la kan..skang ni checkup pun seboleh2 nak ada hubby beside me..lg pulak masa deliver nanti :-) tp it's up to him la..kalau dia takut,nak buat mcmana.nnti pengsan dlm labour room susah pulak kan..mcm my dad,die mmg takleh tgk darah...masa angah & adik lahir die tunggu kat luar labour room..time diaorg sunat pon my dad xtgk..huhuhuhu~

================

A friend of mine called me this morning.Dia dh ada dlm ward,tunggu masa nak deliver (bole lg ckp2 telefon).Yesterday dh terbuka 1cm and hoping that by today baby dah keluar.

Tapi,selepas semalaman menahan sakit contraction,she told me hanya terbuka 0.5..now me rasa dia tgh berjuang cuz doctor plan nak induce her after lunch td.

i hope everything will be fine..AMIN.

Friday, January 30, 2009

Sleepless night

Now susah sgt nak tido..mata ngantuk,badan letih but mata tak bole pejam.



This is my fav sleeping position but baby mcm tak selesa ke ape ntah kat dlm tu.everytime me tdo mcm ni msti die akn kick2,garu2 my perut (agaknyela).kesian pulak kan.kalaula me phm mksud every baby movement kan senang :-P

Last nite was the worst,me masuk tido 930,tidonya pukul 1230 cmtu kot.(sbb last tgk jam pukul 1215)..Hubby pun dh bape kali mimpi pon tatau la.jeles sgt tgk die lena!

Does anyone knw tips2 utk senang tido masa 3rd trimester ni?i heard tht susu suam dpt membantu,tp saya tak minum susu.Help me :-(



"Rasa baby mcm nak keluar je!"

This happen masa me and husband kat my hometown.me and my lil bro tgk tv,cerita apa me tak ingat dah sbb kitorg tgh berborak2 masa tu.

suddenly me like "duhhh.." (baby is kicking).me usap2 perut and adik tanya,baby buat apa tu?

my mum ckp,baby dh besar so dh bole rasa if dia gerak2.so adik teringin nak rasa how the baby kick..so i put his hand on my belly.mula2 like no respond from lil one..

tiba2 je adik alihkan tgn dia..like terkejut..and he said..

"takutlah along,adik rasa baby tu mcm nak keluar je!".

lawak ok..muka dia sgt takut.

Tuesday, January 20, 2009

2 mnths to go!

Cant believe it! Cant wait!

rasa mcm tak percaya dh nak jd mummy!Yesterday,i told my husband,mcm tak caya dia dh nak jd daddy,mcm klakar je!

teringat masa kitorg mula2 kenal,dua2 pon mcm budak2 lg even tho taklah budak mana pon masa tu ( it was 3 yrs back).

Everyday,masa otw to office,me always think bout nx 4 mnths,everything akn berubah..

if now bangun pukul 6 pg,after this of course kene bgn earlier than that.

if now menonong je pegi office,after this kene hantar baby to nursery 1st..

mlm2 sebelum ni maybe daddy bole tido lena,after this mesti tak bole lena mana sgt..(me myself mmg dh tak bole tido lena mana sgt pun sekarang)..tummy getting bigger,so kena tido terlentang je which is me tak biasa tido mcm tu.

tp demi our baby,tak kesah la tak tido lena pon,asalkan si comel ni selesa kat dlm tu! :-)

One of my fren ada tanya,me plan nak brapa anak..seriously,me and husband tak kisah berapa2 pon tapi kalau bole nak kene jarakkan sikit dlm 2 yrs mcm tu..tp if ada rezeki awl,kami terima je..

bukan apa,if possible kitorg nak jarakkan sikit 2nd baby.nnti kesian pulak yg 1st ni xcukup kasih syg kalau rapat2.hehe.

===========

ckp psal xcukup kasih syg,me teringat my MIL cerita psal seseorg..adelah this one budak ni,die baru dpt adik..adik dia jarak 3 yrs dgn budak tu..so masa si adik lahir,budak ni tanya kat mak dia mcm ni:

Budak: Mama syg angah tak?
MIL: Sayang la..mama syg semua anak2 mama.
Budak: Kalau mama syg angah,mama buang adik kecik ni kat laut.
MIL: (Terkejut)

Ni bukan kes xcukup kasih syg tp kes jeles.hahaha.tp now budak ni baik je ngan adik dia..sgt close to each other.std la kan budak kecik dpt adik msti ade rase jeles.

mcm myself,since me and my lil bro jarak 8 yrs,of kos la excited nak dpt adik..xdela rase jeles mcm org tu :-P







Btw,ni la "budak" yg kuat jeles tu..



****No matter what,i love him soo much :D

Friday, January 9, 2009

Entering 3rd trimester

Alhamdulillah,this week wud be my last week in 2nd trimester.sudah mahu masuk ke 3rd trimester.Seram?yeass,a bit.sbb ni first time kan.i believe mana2 first time mum to be mmg akan ada rasa mcm ni.

Td,we went to detailed scan.

Alhamdulillah,semuanya ok..bagus juga buat detailed scan ni.bole tgk semua.otak,tulang blakang,jari kaki & tgn,kuantiti air ketuban (cukup ke tak) and mcm2 lg.it takes about 1 hr to complete this detailed scan.tp tak rasa mcm 1 jam sbb dpt tgk our lil one!

The sonographer asked us,nak tau tak jantina baby..kitorg ckp,yes..and she said,it's a gurl! heh..but then still,it's not 100% confirm la. nak 100% kene tunggu lepas our lil one lahir ke dunia ni.we actually tak kisah,gurl or boy,yg penting sihat sempurna..AMIN.





Masa scan,my lil one tido...but ada satu part tu dia bukak mata and smile! (mcm ckp,hye ppl out there!) hehe.Me and husband sgt teruja (mana2 mummy and daddy to be pon pasti teruja) bila dpt tgk our baby inside my belly!

Looking fwd to go to next checkup in 3 weeks time with Dr Raja Juhaidah @ columbia Asia.

I love everything about the hospital.Systematic, all computerized and yg penting tak payah tunggu lama2..appointment has been set earlier so by the time kitorg dtg tu,kitorg tunggu dlm 10 mins je.senang!

Gtg peeps,till then!~

Monday, January 5, 2009

Maternity photoshoot



Maternity photoshoot- bes sgt! Kalau nak ikutkan,nak tunggu perut lg besar..now dh 6 mnths,tp mcm tak brape nak besar so takkan nak tunggu 8 mnths (takut tak larat je nnti)-better now or never!

This photoshoot asalnya nak buat kat taman tasik perdana but hari tu hujan sepanjang hari so we decided to go to putrajaya.Kat sana kan byk building + tak busy sgt tempatnya.Bila otw balik ke rumah my MIL,kitorg singgah kat Tasik kat bdr sri permaisuri (depan skolah dikman jek) :-P

Kat sana tak dpt snap byk pic,sbb rumput basah + hujan renyai2..tak selesa nak bergambar.Tp still,bole la nak ambil few shots there.

Kudos to our photograher,fmuham yg byk bersabar dgn kerenah kitorg.heh.Thks jugak belanja sup melertssss kat sg besi tu :-p

InsyaAllah,kitorg akn go for 2nd photoshoot.kali ni mmg nak buat kat any taman tasik.itupon kalau larat lah.ni pon dh penat sgt rasa.(seriuslah,sejak akhir2 ni cpt sgt penatnya)


Enjoy the pics uols~!

p.s: Anyone interested nak buat maternity photoshoot,u guys may go Fmuham fotopages and contact him directly.





















Tuesday, December 30, 2008

Mengidam?

Ramai juga yg tanya,"eh zatty,kau takde mengidam yg pelik2 ke??"

errr...my answer,NO! bukan takde mengidam lgsg,tp yg pelik2 tu takdela...

jap nak ingat2 balik ape yg me dok mengidam dr awl pregnant smpai la ke hari ni

1) Puding raja - ni masa bulan puasa.finally dpt,mak bw dtg kl.nak bagai nak rak,tp tak habis pon sebekas tu :-P

2) Rambutan gading - tiba2 dok tringat rambutan ni,tp sib la ade org jual kat area my hse ni..so hubby beli la + my officemate pon ade pokok rambutan ni kat umah dia..so mmg senang la nak dpt

3) Seri muka: Ni pon punye la senang nak dpt :-P yg ni me beli sndiri kat subang parade.later,my bro in law belikan kat pasar mlm.. :D

So far,3 bnde ni je yg btol2 bole diconsider mengidam (sbb dok tringat siang mlm).yg lain2 tu tak bole nak diconsider mengidam tetapi mengada :-P

Yg mengada mmg byk,nak bg cth pon malu.